6 Bahan Kimia Dalam Produk Kecantikan Kulit

Menjaga kecantikan merupakan satu kepentingan bagi wanita dan lelaki. Terutamanya melindungi kecantikan dan kesihatan kulit telah menjadi satu kemestian demi memelihara kulit mulus dan putih bersih tanpa cela. 

Demi memperolehi kulit cantik, kini ramai makin berani mencuba pelbagai produk penjagaan kulit yang boleh berikan kepuasan optimum. Tetapi, sedarkah kita perbuatan ini boleh mengakibatkan kesan buruk pada kulit? 

Bagi mereka yang pentingkan kecantikan kulit, anda mesti tahu bahan apa yang perlu dielak dari terkena pada permukaan kulit. Berapa ramai di antara anda yang selalu membaca kandungan sesuatu produk, terutamanya produk kecantikan kulit? Kadang-kadang anda leka dengan harga dan promosi di pasaran sehingga lupa pada tanggungjawab anda untuk periksa kandungan di dalam produk tersebut.

Jangan mudah terpedaya dengan harga promosi yang ditawarkan. Malah, anda harus sentiasa bijak memilih produk yang mesra pada kulit yakni produk yang tidak menggunakan agen-agen berbahaya yang boleh mencacatkan kulit wajah anda. 

Di bawah merupakan antara bahan yang perlu dielak semasa membeli produk kecantikan kulit.

1. ALKOHOL

Alkohol sering digunakan dalam produk kecantikan kulit untuk berikan kesan kering dan ia bertindak dengan pantas. Jenis-jenis alkohol seperti Alkohol SD, Alkohol Denatured & Alkohol Isoprophyl menjadi pilihan alkohol dalam produk kecantikan kulit. Alkohol bertindak baik pada kulit berminyak kerana ia mampu mengawal minyak dengan segera serta menjadikan kulit berasa ringan. Meskipun ia bertindak baik, tetapi kesan kering boleh menghakis permukaan kulit secara perlahan dan ia sangat bahaya kerana boleh menjadi halangan pada perubahan dan pembaharuan sel kulit. Penggunaan alkohol dalam jangka masa panjang boleh buatkan liang pori anda terbuka dan penampakan bintik seperti lebam jadi lebih ketara. 

2. PARABEN

Paraben digunakan sebagai bahan pengawet untuk mengelakkan pembentukan kulat/ mikroorganisma. Paraben bukan agen semulajadi malah ia buatan manusia dan semestinya ia punyai kesan buruk pada kulit. Paraben juga menghasilkan estrogen yang tidak normal di mana merangsang kanser payudara. Estrogen merupakan hormon yg berperanan penting dalam menjaga kesihatan dalaman wanita. Mereka yang punyai kulit sensitif, penggunaan produk yang mengandungi paraben boleh mengakibatkan ruam dan alergi. Paraben yang sering dilabel pada produk kecantikan kulit ialah methylparaben & prophylparaben. Walau bagaimanapun, kesan hanya boleh dilihat selepas penggunaan pada jangka masa panjang. 

3. BENZOPHENONE

Agen berbahaya ini juga dikenali sebagai oxybenzone. Bahan kimia ini digunakan secara berleluasa dalam produk jenis krim tabir suria, pengilat kuku, gincu & losyen. Jenis benzophenone-3 berkemampuan mengeluarkan radikal bebas berbahaya di samping mempengaruhi sel DNA. Alergi dan ekzema antara kesan yang terjadi akibat penggunaan agen kimia ini. 

4. MINYAK MINERAL

Bahan ini harus dielak kerana ia mengandungi karsinogen. Karsinogen ialah sejenis bahan yang mampu menyebabkan kanser pada tisu. Selain kanser, minyak mineral boleh menyebabkan masalah pertumbuhan jerawat, kulit kering, & penuaan. Mereka yang punyai kulit berminyak akan menghadapi risiko tertinggi dengan penggunaan bahan ini kerana minyak berlebihan membentuk lapisan pada permukaan kulit sehingga menutup pori-pori yang menjadi gangguan pada pengeluaran toksin dan menyebabkan masalah jerawat. 

5. PEWARNA TIRUAN

Memang tidak digalakkan untuk menggunakan produk yang mengandungi pewarna tiruan kerana pewarna ini biasanya diperolehi daripada petroleum atau tar arang baru. Kulit mudah jadi radang atau iritasi. Jika sesuatu produk itu dilabel sebagai D&C (Drugs & Cosmetics) bermakna produk itu mengandungi pewarna tiruan. 

 

6. MINYAK HAIWAN 

Minyak haiwan diperolehi daripada lemak haiwan. Bermakna haiwan itu dibunuh atau diseksa untuk dapatkan lemak. Antara haiwan yang sering menjadi mangsa ialah khinzir, rusa, rakun, possum (sejenis tupai) dan burung. 

Jangan terlalu ghairah fasal kecantikan sehingga lupa pada keselamatan kulit anda. Pilih produk yang bebas daripada semua bahan berbahaya di atas. Jayeon merupakan antara jenama yang sebaris dengan jenama terkemuka yang lain. 

Jayeon amat menitikberatkan kualiti produk yang mampu mengukir senyuman pada bibir penggunanya. Jayeon ialah perkataan yang berasal dari Korea yang bermaksud semulajadi dan mesra.

Maka, tidak hairan semua produk Jayeon memilih bahan-bahan semulajadi serta mesra pada kulit yang tidak menimbulkan sebarang masalah kulit seperti radang, kusam, alergi dan sensitif. Anda mampu membuat pilihan bijak denga memilih produk Jayeon