7 Sebab Anda Harus Beli Jayeon Aloe Vera Gel

Gel Lidah Buaya atau Aloe Vera Gel Jayeon diperkenalkan di pasaran pada tahun 2016 dan ramai telah membeli dan merasai sendiri keajaiban gel ini.

Walaupun pasaran kini terkenal dengan gel lidah buaya dari pelbagai syarikat, namun ada sebabnya mengapa anda HARUS miliki gel lidah buaya dari Jayeon.

Tenaga pekerja

Gel dikeluarkan daripada lidah buaya dengan menggunakan tangan dan bukan mesin untuk pastikan dan mengekalkan kebersihan dan khasiat semulajadi gel tersebut. Amat penting untuk menggunakan tangan kerana dapat mencegah akar lidah buaya daripada terjejas. 

Aktif MOOD gembira

Hadiah percuma disertakan dengan setiap pembelian gel lidah buaya 300ml yang boleh buatkan anda teruja dan gembira pabila membelinya dengan hanya RM19.90. Juga boleh dikongsi bersama seisi keluarga. Gel lidah buaya banyak kegunaannya: melembapkan & menyegarkan kulit, krim cukur, perapi rambut, menenangkan selaran matahari dan juga bleh digunakan sebagai masker wajah. Jika ingin milikinya, anda boleh dapatkan di sini.

Tubuh segar

Kadang-kadang badan berasa lenguh akibat sibuk bekerja sepanjang hari. Mereka yang tidak menyukai minyak angin boleh gantikan gel ini untuk berikan kesan segar sepanjang hari. Kalau nak lebih segar, simpan gel ini dalam peti sejuk semalaman dan sapu di tubuh pada keesokan hari. Berikan urutan supaya dapat meregangkan otot. 

Jaminan selamat 98%

Gel lidah buaya Jayeon dihasilkan dengan bahan-bahan semulajadi seperti bunga, akar dan tanaman yang berikan tindak balas luar biasa pada kulit. Tiada anugerah yang lebih indah daripada menerima pelbagai respon daripada pengguna Jayeon. Jika anda sudah menggunakannya, anda juga boleh kongsikan pengalaman anda dengan Jayeon di FB atau di web.

Jamin tidak berbahaya

Gel ini sangat istimewa kerana ia langsung tiada kaitan dengan enam bahan bahaya seperti di bawah:-

★ Tiada ALKOHOL

★ Tiada PARABEN

★ Tiada BENZOPHENONE 

★ Tiada PEWARNA TIRUAN 

★ Tiada minyak mineral

★ Tiada minyak haiwan 

Buka minda kreativiti

Dengan menggunakan gel ini sebagai bahan asas, anda sebenarnya boleh membuat DIY dengan menggunakan bahan sampingan seperti yogurt, minyak kelapa, foundation, rumpai laut, air mawar, madu, minyak zaitun, kapsul Vitamin E, jus lemon, vaseline dan gula merah untuk hasilkan beberapa lagi produk penjagaan kulit.

Memahami kehendak anak

Anak-anak kecil bukan saja suka pada Johnson’s Baby, Pureen, Anakku atau Carrie Junior. Jayeon juga kini menjadi permintaan kulit bayi - ruam, ekszema, gatal. Gel lidah buaya amat mesra pada kulit bayi dan dapat berikan ketenangan dan keselesaan sepanjang masa.

Produk yang diimport dari Korea ini sememangnya membawa tugas berat walaupun nilainya rendah. Simpan stok Jayeon dalam kabinet bilik anda dengan ber-shopping di sini